Tuesday, January 10, 2006

Sorotan Berita Berkaitan Bigfoot

Malaysia




















photo: He saw it like this

Berita Terkini- 19 Feb 2006

The footprints of what is believed to be Johor’s Bigfoot were today found at the foothills of Panti Forest by biodiversity researchers and media who investigated claims by villagers they heard the creature’s spine-chilling howls on Tuesday.
A team led by biodiversity researcher Vincent Chow made a three-hour trek into the jungle near Kampung Lukut in Panti. They were guided by workers of an oil palm plantation who heard the howls near the plantation at 4am.It was reported yesterday that residents of Kampung Lukut had experienced the howls the past four days that put fear in the workers and prevented them from venturing into the forest. Journalists from the New Straits Times and British Broadcasting Corporation were in the group.
Chow said although wild buffaloes had trampled over Bigfoot’s tracks found at a stream, the group managed to find some clear footprints of the creature.Plantation worker, Yazid Jaafar, 29, said he first saw the footprints on Tuesday while investigating the source of the early morning Bigfoot calls. "We could clearly see the large human-like footprints with four toes and the big toe bent about 90 degrees away from the other toes, like a monkey’s foot, stretching all along the banks of the stream.
Berita Harian 19/2/06
Penemuan tapak kaki gergasi berukuran kira-kira 50 sentimeter panjang dan 30 sentimeter lebar itu boleh menjadi satu lagi bahan bukti fizikal mengenai kewujudan makhluk berbulu gergasi atau Bigfoot di hutan Johor.Tapak kaki bersaiz besar yang ditemui itu juga dikatakan jelas sekali menunjukkan empat jari dan ibu jari dan bentuknya seakan-akan tapak kaki monyet dengan ibu jari membengkok sehingga 90 darjah.
Penemuan terbaru itu juga menyokong kenyataan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dalam akhbar ini minggu lalu yang mengesahkan kewujudan Bigfoot di hutan Johor.Pekerja ladang kelapa sawit yang terletak di kaki Gunung Panti, Yazid Jaafar, 29, berkata kali pertama melihat tapak kaki itu pada pagi Selasa.
Vincent Chow(kanan) bersama Yazid,Wan dan Raziff Ariffin menunjukkan kesan tapak kaki yang dipercayai milik Bigfoot.
Beliau berkata, daun pada dahan pokok di sekitar kawasan tapak kaki Bigfoot itu ditemui juga terdapat kesan petikan pada ketinggian melebihi tiga meter dan dipercayai dimakan oleh makhluk berkenaan."Saya nampak dengan jelas bekas tapak kaki seperti tapak manusia tetapi jarinya lebih besar di sepanjang tebing sungai berkenaan."Makhluk ini mungkin muncul di hutan sekitar kawasan ini dan berjalan di sepanjang tebing sungai berkenaan untuk makan daun dari pokok di situ," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mengimbas semula kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Jaafar berkata, beliau bersama rakannya, Ariffin Sham dan Wan Ahmad Ismail berada dalam kuarters ketika mendengar lolongan dan ngauman ganjil dari hutan berkenaan.Beliau berkata, bunyi yang didengar itu sungguh luar biasa serta belum pernah didengarinya dan ia seperti cantuman bunyi monyet dan babi hutan."Sepanjang tinggal di sini saya tidak pernah dengar bunyi ganjil kerana kami tahu membezakan bunyi haiwan liar yang biasanya ditemui di hutan berdekatan.
"Bunyi berkenaan didengari agak lama kira-kira 10 minit. Selepas itu, kami mengambil lampu suluh dan cuba pergi mencari punca bunyi dan bila berada di kawasan berhampiran kami dengar bunyi dengusan yang kuat dan terus beredar kerana takut," katanya.
Sementara itu, seorang penyelidik bio-diversiti, Vincent Chow yang mengetuai ekspedisi bersama beberapa rakannya dan wartawan dari akhbar kumpulan New Straits Times Press (NSTP) ke tempat kejadian berkata, kebanyakan kesan tapak kaki Bigfoot itu sudah dirosakkan oleh kerbau liar.Namun, katanya, pasukannya masih berjaya mengesan dan mengambil gambar yang jelas bentuk tapak kaki gergasi itu untuk tujuan penyelidikan pada masa akan datang.Beliau berkata, terdapat juga kesan ranting dan dahan pokok patah di atas tapak kaki berkenaan yang dipercayai dilakukan Bigfoot untuk mendapatkan daunnya.

Meragui mitos Bigfoot


Oleh DR. MOHD TAJUDDIN ABDULLAH

Saya mengenali Orang Asli bernama Kangkong bin Mintol sejak bulan Disember dalam tahun 1977. Tatkala itu saya telah dibawa oleh seorang penyelidik American Peace Corp. bernama Rodney Flynn untuk mengenali kesan kaki binatang dan menjejaki kesan tapak kaki badak hingga sampai di Sungai Selai yang terletak di tengah hutan belantara Endau Rompin.
Kangkong berasal dari Kampong Juaseh yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari pekan Labis, Johor. Berbadan kecil dan sasa, Kangkong telah hidup serasi dengan hutan Endau Rompin sejak dari dia dilahirkan.

Selepas berkahwin beliau telah berpindah ke perkampungan baru yang disediakan kerajaan.
Rumah kayunya mempunyai satu bilik yang dilengkapi dengan ``air dari besi dan api dari wayar''. Keadaan sekarang ternyata amat jauh berbeza dengan hidupnya yang berpindah-randah dengan mendirikan pondok kecil di hutan.

Gaya hidup Kangkong yang sederhana itu serupa dahulu tanpa ada apa-apa harta dunia. Beliau pemalu pada kali pertama saya menemui tetapi amat bangga menyambut saya yang berkunjung ke rumahnya hampir tiga dekad yang lalu. Pada ketika itu saya telah ditugaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil alih tugas Rodney bagi menjalankan penyelidikan mengenai taburan dan ekologi badak sumbu (Dicerorhinus sumatrensis) di Malaysia.

Tanpa pegetahuan khusus mengenai spesies badak yang terancam itu, saya terhutang budi kepada Kangkong yang banyak berkongsi pengalamannya mengenai cara-cara menjejaki binatang liar serta pelbagai ilmu yang diperoleh mengenai survival di hutan. Selama lebih kurang lima tahun Kangkong juga telah membawa saya menjelajah dan merentasi hutan Endau-Rompin daripada Juaseh ke Selai dan Kemidak di Labis dan keluar di Kampung Peta di Kluang.
Kadangkala kami berjalan kaki dan keluar di kawasan Felda di negeri Pahang atau Kampung Bekok. Perjalanan dengan kaki yang mengambil masa tujuh hingga 14 hari sambil menanggung beban hoversack dengan muatan makanan dan peralatan kerja seberat 30 hingga 40 kilogram.
Hampir setiap tahun Kangkong dan rakan Perhilitan membantu saya menjalankan inventori hidupan liar di Endau Rompin. Lima atau enam kumpulan penyelidik akan meredah secara serentak hutan Endau Rompin sambil merekod hidupan liar yang ditemui secara langsung atau tidak langsung melalui bunyi, kesan makanan, najis, kubang atau kesan tapak kaki. Setiap pemerhatian direkodkan dalam borang inventori khas dengan maklumat nama spesies, cara cerapan, ukuran kesan dan tarikh serta masa pemerhatian.

Kesahihannya

Setiap data terkumpul akan dibentang dan diperbahaskan di kalangan penyelidik jabatan. Begitulah cara semak dan mengesahkan (check and balance) untuk memastikan kesahihannya maklumat sains biologi dan ekologi.

Pengalaman yang saya peroleh daripada Kangkong membolehkan saya menerokai semua hutan belantara dari Mersing di Johor, Taman Negara hingga Belum di Perak dan Wang Kelian di Perlis. Pegalaman menjejaki badak ini juga telah membawa saya ke hutan Kinabatangan di Sabah dan tanah tinggi Bareo di Sarawak.

Hasil kajian secara saintifik itu telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Biological Conservation 1984 (Flynn RW, Abdullah MT. 1984. Distribution and status of the Sumatran Rhinoceros in Peninsular Malaysia. Biological Conservation 28: 253-273) dan jurnal terbitan tempatan Malayan Nature Journal 1983 (Flynn RW, and Abdullah MT. 1983. Distribution and number of Sumatran rhinoceros in the Endau-Rompin Region of Peninsular Malaysia. Malayan Nature Journal 36: 219-247).

Sebagai pegarang bersama, kami tiada catatan mengenai Bigfoot. Dalam kajian kepelbagaian hidupan liar bersama beberapa rakan hingga kini tidak pernah kami membuat cerapan atau catatan mengenai Bigfoot. Jadi bagaimana pula cerita Bigfoot mendapat liputan meluas di Malaysia dan luar negara sejak tiga minggu yang lepas?

Persoalan ini ada kaitan rapat dengan budaya serta pemikiran pelbagai masyarakat di Malaysia. Dalam masyarakat Orang Asli dan etnik tempatan memang terdapat banyak cerita-cerita penglipur lara yang berunsurkan mitos dan legenda. Semasa kami berkhemah di hutan belantara Endau Rompin, Kangkong sering bercerita kepada saya mengenai penglipur lara masyarakatnya.

Saya juga pernah mendengar cerita mitos mawas yang amat besar dan berbulu dadanya. Di Bareo, seorang daripada masyarakat Kelabit menceritakan mengenai kuda belang dan singa yang terdapat di hutan yang terletak 1,000 meter dari aras laut. Di Sabah dan Sarawak ada masyarakat etnik percaya bahawa kehadiran pokok hujan panas telah meyebabkan harimau takut untuk tinggal di hutan kepulauan Borneo. Sejarah lisan kita juga menceritakan mitos Puteri Gunung Ledang di Johor dan Puteri Santubong di Sarawak.

Demikianlah mitos dan legenda yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dari zaman tanpa Internet dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang hidup segar dalam ingatan hingga hari ini.
Sangat malang pula apabila hari ini cerita-cerita sedemikian telah dicampur aduk antara mitos masyarakat kita, kewartawanan pop dan pseudosains. Jika kita lebih cermat dan peka, kita perlu memeriksa kesahihan fakta sains, yang mawas mungkin juga bermaksud orang utan atau bahasa Latin ialah Pongo pygmaeus.

Apakah spesies ini telah disalah- tafsirkan sebagai Bigfoot? Spesies ini hanya terdapat di Borneo dan Sumatera sahaja. Mengenai cerita kuda belang pula, spesies ini hanya terdapat di benua Afrika dan singa pula terdapat di India dan Afrika sahaja. Apakah masyarakat di Malaysia yang berhasrat maju dalam Wawasan 2020 ini kian terhibur dengan cerita-cerita Bigfoot yang tidak pernah direkodkan oleh ahli sains di negara ini?

Saya juga meragui perakuan seorang bekas zoologis WWF-Malaysia yang seolah-olah cuba megesahkan kehadiran Bigfoot Endau-Rompin. Apakah jenis pseudosains saperti perakuan zoologis tersebut merupakan hidangan minda yang terbaik untuk masyarakat kita? Kita perlu berfikir sejenak agar dapat membezakan antara mitos dan fakta yang sahih.

Berhati-hati

Pengalaman silam saya bersama Orang Asli atau masyarakat etnik tempatan telah banyak mengajar saya untuk berhati-hati. Orang Asli dan masyarakat etnik biasanya adalah orang yang sangat bermurah hati dan amat suka melihat tetamu terhibur, mereka akan cuba mencari impian yang diingini tetamu atau mencerita sesuatu yang mahu didengari. Kalau kita begitu mendesak untuk mendengar Bigfoot maka cerita Bigfootlah akan diperdengarkan. Dan jika memberikan pensel dan kertas, akan terlakar sesuatu yang kita desakkan.

Begitulah juga apabila saya mendesak dengan impian untuk melihat badak berkubang, maka saya telah dibawa oleh seorang Asli di Rompin memanjat puncak gunung yang tidak mungkin boleh dinaiki binatang besar tersebut. Apabila sampai di puncak gunung dan ternyata gagal melihat badak berkubang, dia menunjuk ke arah puncak-puncak gunung yang lain yang kelihatan di sekeliling Endau Rompin. Maka itulah impian kami untuk melihat badak berkubang di puncak gunung yang tidak kesampaian selepas 29 tahun menerokai hutan belantara Malaysia.

Berapa lamakah impian Bigfoot ini akan diteruskan lagi? Kita perlulah bijak menilai antara mitos, legenda, kesahihan fakta sains dan impian melihat Bigfoot.

- Profesor Madya Dr. Mohd. Tajuddin Abdullah ialah Ketua Prgram Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Penduduk Singapura berminat jejaki Bigfoot

SINGAPURA 9 Jan. - Laporan mengenai penemuan "satu keluarga Bigfoot" di hutan Johor telah menarik minat penduduk Singapura, khususnya anggota kumpulan yang menggelar diri mereka Penyiasat Paranormal Singapura (SPI).

Dalam masa dua minggu, kira-kira 20 anggota kumpulan itu akan ke Johor bagi mengadakan lawatan tinjauan selama dua hari untuk menentukan cara terbaik merancang ekspedisi seterusnya untuk menjejak makhluk mitos itu, menurut laporan The New Paper. Seorang anggota kumpulan itu, Toh Seong Fai memberitahu akhbar terbitan petang itu bahawa beliau telah menjejaki Bigfoot sejak beberapa tahun lepas selepas mendengar mengenai penemuan tapak kaki makhluk itu daripada penduduk tempatan.

``Sekiranya hanya satu atau dua penemuan tapak kaki, mungkin tiada apa-apa. Tetapi terdapat banyak penemuan sejak beberapa tahun lepas, bukan sahaja di Johor tetapi juga tempat lain.
``Lagipun, ia ditemui oleh Orang Asli yang amat arif dalam membezakan antara haiwan hutan biasa dan sesuatu yang luar biasa,'' katanya dalam laporan itu.

Laporan pertama mengenai penemuan Bigfoot di Johor ialah 26 tahun lepas dan sejak itu terdapat banyak dakwaan mengenai penemuannya oleh penduduk kampung. Pada November lepas, tiga pekerja kolam ikan mendakwa mereka nampak dua haiwan berbulu setinggi kira-kira tiga meter dan satu lagi lebih kecil dekat Kota Tinggi. Terdapat juga dakwaan penemuan tapak kaki "Bigfoot" di hutan bakau dekat Sungai Sedili di Kampung Mawai, Kota Tinggi. Toh yang akan mengetuai ekspedisi tinjauan itu, berkata pada lawatannya sebelum ini ke Johor, beliau telah menemuramah penduduk tempatan mengenai makhluk itu tetapi beliau tidak mengumpulkan sebarang bukti.

``Kami amat saintifik dan logik. Sekiranya kami tidak mempunyai maklumat yang secukupnya, kami tidak akan membuat sebarang rumusan,'' katanya dan menurutnya beliau sedar bahawa lawatan itu mungkin "sia-sia sahaja".

Namun mereka akan dilengkapi dengan peralatan khas yang dapat membantu mereka dalam penyelidikan itu seperti alat perakam ultrabunyi, binokular waktu malam dan alat pengesan. - Bernama

Lagi individu dakwa lihat Bigfoot

KOTA TINGGI 9 Jan. - Beberapa lagi individu mendakwa pernah terserempak makhluk gergasi dipercayai Bigfoot atau Orang Mawas di tebing hilir Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi, sekitar November tiga tahun lepas. Abdul Karim Yai, 63, yang berasal dari Kampung Mawai di sini berkata, ketika kejadian beliau dan rakannya Badrulzaman Abu Samah, 40, baru sahaja selesai menangkap ikan di sungai itu.

``Ketika itu, saya hendak naik ke tebing sungai dan apabila saya menyuluh lampu picit ke arah hadapan dan melihat satu makhluk berbulu lebat dan setinggi 10 kaki. Jarak antara saya dan makhluk berkenaan tidak jauh, hanya 25 meter.

``Menyedarinya dirinya disuluh, makhluk tersebut menoleh ke arah saya dan terus melarikan diri. Tetapi saya dengan jelas nampak mukanya yang dilitupi dengan bulu yang lebat warna keperang-perangan,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abdul Karim berkata beliau berpendapat bahawa selain cahaya, makhluk itu lari kerana tidak tahan dengan bau asap rokok kerana pada ketika itu Badrulzaman sedang menghisap rokok.
Katanya, beliau diberitahu oleh orang kampung bahawa makhluk dipercayai Bigfoot itu gemar memakan hasil sungai seperti ikan dan labi-labi serta buah-buahan hutan seperti tampoi hutan.

``Orang kampung juga percaya makhluk ini amat pemalu dengan manusia,'' katanya.
Badrulzaman pula berkata, beliau sendiri pernah terserempak dengan makhluk dipercayai Bigfoot itu pada 1998 ketika sedang memancing di sungai yang sama.

Pengurus Kem Motivasi Eco Camp di Kampung Mawai, Sutari Supari juga mendakwa beberapa pekerjanya pernah melihat dengan kesan tapak kaki yang besar berhampiran kem itu pada Mac tahun lepas.

``Saya telah mengambil gambar kesan-kesan tapak kaki itu dan menyerahkannya kepada Vincent Chow (seorang pencinta alam sekitar),'' katanya.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Hashim Yusof, yang turut berada di tebing Sungai Sedili Besar untuk menyelidik kesan makhluk itu berkata, berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul tentang Bigfoot itu mereka akan cuba menjejaki kawasan habitatnya.

Di BALING, beberapa pencari rotan dan pemburu di daerah ini turut mendakwa pernah terserempak dengan Bigfoot dan menemui kesan tapak kaki bersaiz besar di kawasan Gunung Bintang dan Gunung Inas di sempadan Kedah-Perak dan kawasan rimba Ulu Muda di sempadan Kedah - Thailand sejak 1960-an.

Md. Isa Ahmad, 40, dari Kampung Bukit, Kuala Kuang, Kupang mendakwa beliau terserempak dengan makhluk itu di pinggir pintu sebuah gua ketika sedang mencari rotan manau di sekitar Gunung Bintang pada 1993.

``Saya terserempak dengan makhluk berbulu berwarna kelabu di bahagian muka selain matanya bersinar itu dalam jarak beberapa meter sahaja. Sebaik melihatnya, saya melarikan diri ke arah kawan-kawan tidak jauh dari situ akibat ketakutan,'' katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang penduduk Kampung Bukit di sini, Hamid Mohamad, 76, mendakwa pernah beberapa kali terjumpa tapak kaki bersaiz besar ketika mencari rotan dan berburu di kawasan gunung itu sebelum ini.

``Kesan tapak kaki besar bukan cerita dongeng tetapi benar-benar wujud di dalam rimba di kawasan Gunung Inas dan Gunung Bintang serta beberapa kawasan rimba di Ulu Muda sejak dahulu lagi," katanya.

Abdul Ghani Ahmad, 46, dari Kampung Simpang Tiga, Kupang berkata beliau pernah dua kali menjumpai kesan tapak kaki bersaiz besar di kawasan Gunung Inas sekitar tahun 1993.
Katanya, dia menjumpai kesan tapak kaki itu di tepi sungai Air Kunyit sewaktu mencari rotan di kawasan berkenaan.

``Saya tidak terkejut bila berjumpa dengan kesan tapak kaki itu kerana sebelum itu pernah diberitahu ada pencari rotan berjumpa dengannya di rimba sekitar Gunung Inas dan Gunung Bintang,'' katanya.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk di daerah ini percaya makhluk itu tinggal di dalam gua memandangkan kesan tapak kakinya banyak terdapat di kawasan sekitar gua yang memang banyak terdapat di Gunung Inas dan Gunung Bintang. - Bernama

Bigfoot mungkin saki- baki monyet prasejarah

JOHOR BAHRU 4 Jan. - Mungkinkah Bigfoot, haiwan gergasi menyerupai monyet yang didakwa dilihat di kawasan hutan di Johor baru-baru ini, sebenarnya sejenis haiwan pra-sejarah yang telah pupus sejak ratusan ribu tahun dahulu?.

Berdasarkan kepada satu teori dikenali Bigfoot-Giganto, para penyelidik berpendapat makhluk yang turut dipanggil Sasquatch, Yeti atau Orang Mawas itu berkemungkinan sejenis monyet gergasi prasejarah yang diketahui hidup ketika zaman pertengahan Pleistocene. Monyet gergasi itu dipercayai hidup di beberapa kawasan Asia termasuk China dan Asia Tenggara serta Amerika Utara ketika sejak zaman purba sebelum pupus dari muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dahulu.

Persoalan sama ada Bigfoot itu merupakan sejenis haiwan prasejarah sebenarnya telah lama dibincangkan oleh penyelidik di seluruh dunia, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang keputusan muktamad dicapai mengenainya. Ini menimbulkan persoalan sama ada Bigfoot, yang didakwa dilihat oleh beberapa individu termasuk pegawai polis dan Orang Asli di Taman Negara Endau-Rompin, berkemungkinan adalah saki-baki spesies Gigantopithecus Blacki (giant ape) bermaksud monyet gergasi yang dikatakan pupus sebelum ini.

Ini ditambah lagi dengan bentuk fizikal yang hampir sama antara Gigantopithecus dan Bigfoot sebagaimana yang didakwa dilihat oleh Orang Asli tersebut di beberapa hutan di Johor iaitu setinggi 10 kaki dan berbulu lebat keperang-perangan. Sebelum ini terdapat juga beberapa spesies haiwan yang didakwa telah pupus, tetapi kemudiannya didapati masih wujud seperti ikan Coelacanth, yang diketahui wujud kira-kira 360 juta tahun dahulu sebelum didakwa pupus, telah ditangkap oleh nelayan pada 1938.

Menurut sebuah organisasi penyelidikan dikenali Bigfoot Field Research Organisation (BFRO) yang berpejabat di Amerika Syarikat, para penyelidik makhluk itu secara amnya menerima teori Bigfoot-Giganto itu. Menerusi laman webnya, BFRO berkata, isu tentang Gigantopithecus telah menarik minat ramai ahli-ahli antrapologi dan primatologi.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hashim Yusof ketika ditanya oleh Bernama tentang kaitan antara Bigfoot dan Gigantopithecus itu berkata, kemungkinan itu memang ada, dengan mengambil kira keluasan dan usia Taman Negara.
Taman Negara Endau-Rompin itu adalah seluas 48,906 hektar atau 800 kilometer persegi dan berusia 248 juta tahun.

``Kita hanya mempunyai maklumat separuh daripada flora dan fauna yang terdapat di dalamnya,'' kata Hashim.

Baru-baru ini PTNJ menganjurkan ekspedisi sehari ke Taman Negara Endau-Rompin untuk mencari Bigfoot, tetapi gagal menemui sebarang kesan makhluk itu seperti tapak kakinya.
Perbadanan itu akan menganjurkan satu lagi ekspedisi mengesan Bigfoot di Taman Negara Endau Rompin akan diadakan bulan depan, dan menurut Hashim, mereka akan tinggal selama seminggu di dalam taman negara itu.

Pencinta Alam Johor, Vincent Chow berkata, teori Bigfoot-Giganto yang mengatakan bahawa Bigfoot itu adalah saki baki spesies Gigantopithecus Blacki `mungkin paling tepat' untuk menjelaskan tentang kewujudan Bigfoot. Katanya, teori itu berasas kerana ia dikemukakan oleh mereka yang pakar seperti di dalam bidang-bidang antropologi dan lain-lain. Chow, penasihat sebuah persatuan alam sekitar di Johor, juga berkata usia Taman Negara Endau-Rompin iaitu 248 juta tahun adalah selari dengan zaman ketika monyet gergasi Gigantopithecus wujud di muka bumi.

Ini ditambah lagi dengan keadaan persekitaran hutan di taman negara itu yang tidak pernah diusik oleh manusia, yang membolehkan haiwan gergasi itu menjadikan kawasan itu habitatnya.
``Bigfoot perlu dilindungi dan dijadikan sebagai satu khazanah fauna negeri ini,'' katanya. - Bernama

Orang Asli mungkin benar
Oleh: ROHANI IBRAHIM

JOHOR BAHRU 2 Jan. - Dakwaan dua pemuda Orang Asli yang ditemui baru-baru ini bahawa mereka pernah terserempak dengan mawas atau Bigfoot berkemungkinan benar kerana sikap menipu dan mereka-reka cerita bukanlah budaya masyarakat tersebut. Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hashim Yusoff berkata, walau bagaimanapun dakwaan tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti fizikal yang nyata dan saintifik bagi memastikan haiwan gergasi itu benar-benar wujud di negeri ini.

``Dakwaan dua Orang Asli itu ada kebenarannya kerana berdasarkan pengalaman saya masyarakat tersebut berpegang kepada prinsip sentiasa bercakap benar, jujur dan berterus-terang.

``PTNJ sudah mewujudkan pangkalan data mengenai Bigfoot yang dikemas kini dari masa ke masa sebagai usaha menjejaki dan memastikan kesahihan kewujudan haiwan gergasi itu,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ekspedisi pertama menjejaki Bigfoot yang diadakan di Hutan Simpan Sungai Madik, Kahang Jumaat lalu dan akan diadakan buat kali kedua pada penghujung bulan ini.

Ekspedisi yang diadakan minggu lalu tidak menemui sebarang kesan haiwan tersebut tetapi dua Orang Asli yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan binatang itu di dua kawasan yang berlainan.

Jelas beliau, semalam pihaknya turut menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung di Mawai, Kota Tinggi yang mendakwa pernah terlihat dengan binatang itu dalam masa setahun yang lalu.

``Semua maklumat yang diperoleh akan disimpan di dalam pangkalan data kami dan akan dijadikan panduan untuk mengesan serta mengenal pasti keluasan lokasi yang dipercayai habitat Bigfoot,'' tambahnya.

Mengulas mengenai kenyataan Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow semalam bahawa gerakan menjejaki Bigfoot tidak boleh dilakukan dalam masa sehari, Hashim menambah kenyataan itu boleh diterima.

``Ekspedisi kedua yang akan dijalankan pada penghujung bulan ini akan dijalankan selama seminggu di mana saya sendiri akan menyertai ahli ekspedisi untuk tinggal di dalam kawasan yang dikenal pasti sepanjang waktu tersebut.
``Ekspedisi kedua diharap dapat menemui bukti-bukti fizikal yang jelas seperti tapak kaki dan sebagainya bagi mengukuhkan dakwaan kewujudan Bigfoot,'' jelasnya.

Ekspedisi jejaki Bigfoot tidak temui sebarang kesan

KLUANG 31 Dis. - Ekoran pelbagai cerita mengenai kewujudan Bigfoot, satu ekspedisi menjejaki haiwan gergasi itu dilancarkan di Hutan Simpan Sunagi Madik, Kahang, di sini semalam.
Bagaimanapun, ekspedisi itu tidak menemui sebarang kesan mengenai kewujudannya walaupun beberapa individu mendakwa, mereka pernah terserempak dengan Bigfoot.
Ekspedisi itu, yang diketuai Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Hashim Yusoff, melibatkan 50 individu terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Rela, dan wakil media tempatan yang menggunakan 10 kenderaan pacuan empat roda.

``Tiada sebarang penemuan saintifik sehingga penghujung ekspedisi tersebut malam tadi,'' kata Hashim. Katanya, ekspedisi itu bertujuan menjelaskan kepada masyarakat bahawa cerita mengenai makhluk itu tidak benar.

Dua pemuda Orang Asli dari Kampung Punjut, Batu 25, Jalan Mersing-Kluang yang kebetulan ditemui oleh pasukan ekspedisi itu mendakwa, mereka pernah terserempak dengan mawas di dua kawasan yang berlainan di hutan itu masing-masingnya pada Ogos dan November lepas.
Herman Deraman, 21, berkata, pada Ogos lepas, pondok yang didiaminya digoncang dengan kuat oleh binatang itu yang kemudian melarikan diri.
Amir Mohd. Ali, 31, yang menemui binatang itu November lepas ketika mencari katak di tepi Sungai Cemerlang dalam hutan itu pula berkata, ketinggian binatang itu mencecah hampir empat meter dengan bidang dadanya yang besar.

``Badannya berbulu hitam kemerahan (perang). Bentuk mukanya macam manusia bergigi rapat. Badannya cukup sifat seperti manusia, cuma rambutnya panjang,'' katanya.

Menurut Amir, dia tak sempat untuk melihat jantina haiwan itu yang tidak mengejarnya ketika dia melarikan diri pulang ke kampung. Hashim berkata, beliau yakin cerita mengenai Bigfoot itu tidak akan menakutkan pengunjung untuk ke Taman Negara Johor kerana masih tiada bukti saintifik ditemui mengenai kewujudannya.

``Kalau adapun hanyalah mawas,'' katanya.

Hashim berkata, PTNJ bercadang untuk mempelawa ahli zoologi dari universiti tempatan untuk membantunya bagi membuktikan kesahihan kewujudan Bigfoot.

Kisah Bigfoot ini mula menjadi percakapan baru-baru ini, apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow berkata, beliau yakin makhluk itu wujud di hutan Johor.
Katanya: ``Kami menerima banyak maklumat, manusia terserempak dengan Bigfoot.
``Antaranya di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi.'' - Bernama.

KEMAMAN 30 Dis. - Seorang bekas anggota perisikan mendakwa pernah terserempak dengan makhluk besar dipercayai Bigfoot ketika memancing di muara sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada tahun 1987.

Pendedahan terbaru mengenai makhluk itu dibuat oleh Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia, Mustapha Ab. Rahman, 50, yang berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau bersama tiga rakannya sedang memancing di muara sungai itu.
Menceritakan peristiwa itu, beliau yang pernah berkhidmat di bahagian perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada mulanya mereka terdengar percikan air yang kuat berhampiran tempat mereka memancing. Katanya, tidak lama selepas itu keluar satu makhluk berbulu lebat setinggi kira-kira enam meter dari air sungai berkenaan.

``Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan haiwan tersebut ketika itu seperti menggoncangkan badan bagi mengeringkan air di bulunya.

``Ketika kejadian, jam di tangan saya menunjukkan pukul 7.25 malam tetapi keadaan di persekitaran masih jelas kelihatan dan kami masa itu semakin cemas apabila haiwan itu mula bergerak langkah demi langkah,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beberapa ketika kemudian, jelasnya, haiwan yang menyerupai Bigfoot itu keluar dari sungai dan memasuki kawasan semak berhampiran.

``Selepas Bigfoot tersebut terlepas dari pandangan, saya dan rakan-rakannya terus keluar dari tempat memancing kerana bimbang makhluk itu berpatah balik.

``Dengan tubuhnya yang dianggar ketinggian 20 kaki serta saiz tapak kakinya, saya yakin makhluk aneh tersebut adalah Bigfoot walaupun ada pihak menganggapnya hantu air kerana menjelma pada waktu senja,'' katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman mendakwa mengaku pernah terserempak dengan gorila besar di satu kawasan hutan di sempadan Malaysia - Thailand, kira-kira 26 tahun lalu.
Mohd. Fakri mendakwa gorila besar yang ditemuinya begitu kuat jeritannya sehingga menggegarkan peralatan yang beliau bawa bersama anggota-anggota polis lain.

Bigfoot ditemui mungkin beruang
Oleh NIEZAM ABDULLAH

KOTA BHARU 27 Dis. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menganggap Bigfoot yang didakwa pernah ditemui di Hutan Belum di negeri ini, mungkin hanya seekor beruang.
Pengarahnya, Pazil Abdul Patah berkata, sepanjang melakukan penyelidikan mengenai haiwan di beberapa hutan simpan di negeri ini, pihaknya belum pernah menemui sebarang bukti kewujudan makhluk tersebut.
Malah, katanya, beberapa perangkap berkamera yang dipasang di hutan simpan itu juga tidak menunjukkan sebarang imej wujudnya gorila besar itu.

``Kita tidak pernah melihat kesan wujudnya Bigfoot di hutan-hutan simpan di negeri ini termasuk di Hutan Belum ketika melakukan pemerhatian di kawasan itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman mendakwa pernah menemui haiwan itu yang tingginya menyamai bangunan empat tingkat ketika melakukan kerja-kerja mengukur di Hutan Belum kira-kira 26 tahun lalu.
Beliau yang bertugas sebagai Ketua Komander Platun 15, Kompeni D, Batalion 11, Pasukan Polis Hutan (kini dikenali Pasukan Gerakan Am) Pengkalan Chepa, Kelantan ketika itu mendakwa makhluk berkenaan sedang bercekak pinggang dan menjerit sekuat hati sambil kedua-dua tangannya menepuk dada.

Pazil berkata, selain Hutan Belum, mereka juga menjalankan penyelidikan di hutan simpan Gunung Inas, Taman Negara Kuala Pahang dan Kuala Koh namun gagal mengesan spesies itu.
Sebaliknya kata beliau, perangkap berkamera yang dipasang banyak merakamkan imej haiwan lain seperti gajah, harimau dan beruang.

Malah katanya, beruang mampu berdiri seperti manusia terutama sewaktu ingin mengasah kukunya pada pokok. Menurut Pazil lagi, apabila berdiri beruang mampu bergerak seperti Bigfoot seperti yang didakwa, selain bulunya juga berwarna hitam.

``Haiwan itu di negara ini dikenali sebagai Beruang Matahari dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 meter.

``Mungkin Bigfoot yang didakwa oleh sesetengah pihak sekarang ini adalah beruang tersebut,'' katanya.

Pesara terserempak Bigfoot sekitar 1950-an
Oleh FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 26 Dis. - Seorang pesara Polis Bantuan (AP) mendakwa pernah menambak `Hantu Gigi Jarang' atau Bigfoot apabila makhluk tersebut sedang membongkok mencari makanan iaitu anai-anai pada batang pokok getah yang telah reput.
Yahya Awang Tunggal, 73, berkata, kejadian berlaku sekitar tahun 1950-an apabila dia terserempak dan berdepan dengan makhluk tersebut di Seberang Sungai Sedili di sini.
Menurutnya, pada awalnya dia tidak mempercayai tentang kewujudan `Hantu Gigi Jarang' yang hangat diperkatakan ketika itu dan menganggapnya sebagai dongeng atau mitos kerana belum pernah berdepan dengannya.

Tambahnya, makhluk itu mempunyai ketinggian melebihi tiga meter dan berbulu tebal, manakala hidungnya menghala ke atas, mempunyai tapak kaki yang besar dan gigi tajam selebar dua jari serta jarang.

``Kira-kira pukul 9 malam, saya terdengar bunyi pelik di belakang rumah dan terperanjat apabila mendapati Orang Mawas atau Hantu Gigi Jarang sedang membongkok mencari makanan (anai-anai) pada batang getah yang telah reput.

``Dalam keadaan terperanjat, saya mencapai senapang lalu menembak ke arahnya pada jarak kira-kira empat meter dan mengena punggungnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun Yahya berkata, makhluk berkenaan yang cedera di bahagian punggung akibat tembakan yang dilepaskan melarikan diri ke dalam hutan. Tambahnya, seorang lagi rakannya yang telah meninggal dunia juga pernah terserempak dan dikejar makhluk tersebut ketika hendak menoreh getah.

Menurutnya, rakannya yang dikenali sebagai Atan Yet dan pernah menetap di Bukit Piatu berdekatan Sungai Sedili itu melihat mata `Hantu Gigi Jarang' itu berwarna merah dan tinggal di kawasan gunung serta duduk di bawah pokok yang berdaun lebar. Seorang penduduk tempatan, Salim Osman, 49, memberitahu, arwah bapanya bersama tujuh rakan lain pernah berdepan dengan `Hantu Gigi Jarang' ketika mencari rotan di sekitar pantai Tanjung Leman di sini.

Katanya, salah seorang rakan bapanya yang dikenali sebagai Pak Untung berasal dari Terengganu telah ditangkap oleh `Hantu Gigi Jarang' dan dikepit di bawah ketiak.

Misteri Bigfoot belum terjawab

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Misteri makhluk gergasi, `Bigfoot' masih menjadi tanda tanya banyak pihak terutama para penyelidik dan pencinta alam di seluruh dunia, sehingga menimbulkan minat orang ramai untuk mengetahuinya lebih mendalam. Ada pihak yang mempercayai kewujudannya, tidak kurang juga yang menganggap ia hanya ilusi yang sengaja direka bagi menakut-nakutkan orang ramai.

Kemunculan makhluk berbulu itu juga mendapat perhatian Organisasi Penyelidikan Lapangan Bigfoot (BFRO), iaitu satu-satunya organisasi yang menjalankan kajian saintifik bagi membuktikan kewujudan Bigfoot.

Berdasarkan statistik terbaru BFRO, Bigfoot didapati muncul di banyak benua termasuk benua Amerika dan beberapa buah negara Asia termasuk China dan Malaysia. Bigfoot dikatakan pernah muncul di 49 buah negeri di Amerika Syarikat dan kekerapan tertinggi makhluk itu muncul adalah di California iaitu sebanyak 326 kali.

Di Kanada, Bigfoot dilaporkan muncul di sembilan wilayah melibatkan Alberta, British Columbia, Manitoba, New Brunswick, Ontario, Prince Edward Island, Quebec, Saskatchewan dan Yukon.
Negara-negara Asia juga pernah digemparkan dengan kemunculan makhluk tersebut seperti China, Indonesia dan Malaysia.

Selain itu, Bigfoot juga pernah dijumpai di Rusia dan Australia masing-masing dengan kekerapan sekali dan dua kali. Penduduk primat Amerika Utara pula lebih mengenali makhluk tersebut dengan nama `sasquatch', perkataan yang berasal dari kata `sesquac' yang bermakna `lelaki liar', tetapi di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Bigfoot atau `Orang Mawas.'

BENTONG 25 Dis. - ``Gorila besar yang tingginya hampir paras bangunan empat tingkat itu tegap berdiri dari jarak kira-kira 10 meter sambil merenung ke arah kami.

``Keadaan ketika itu agak berkabus tapi kami nampak dengan jelas Bigfoot sedang bercekak pinggang dan memerhati kami.

``Selepas 10 minit dia mula menjerit dengan kuat sambil kedua-dua tangannya menepuk dada,'' kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan (DSP) Mohd. Fakri Che Sulaiman.

Walaupun peristiwa menakutkan bertemu Bigfoot di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu berlaku 26 tahun lalu, beliau masih dapat mengingati detik-detik cemas berhadapan dengan makhluk luar biasa itu.

Katanya, ia berlaku pada 1979 ketika beliau menjadi Ketua Komander Platun 15 Kompeni D, Batalion 11 Pasukan Polis Hutan (PPH) - kini Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, Kelantan. Ketika itu, beliau ditugaskan menjalankan kerja-kerja mengukur di kawasan Hutan Belum di Kelantan dan Perak, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

``Kami semua mulai panik, bayangkan betapa kuatnya jeritan Bigfoot itu sehingga menggegarkan peralatan yang kami bawa termasuk mesingan,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Fakri menceritakan, kira-kira pukul 8.30 malam pada malam ketiga operasi, beliau bersama kira-kira 10 anggota Platun 15 sedang berehat dan secara tiba-tiba terdengar deruan kuat dan bunyi langkah berjalan yang menggegarkan sedang menuju ke arah mereka. Katanya, pada masa itu, beliau serta anggotanya sudah bersiap sedia untuk melepaskan tembakan, tetapi dinasihatkan agar tidak berbuat demikian kerana bimbang makhluk aneh itu akan bertindak lebih ganas.

Menurut Mohd. Fakri, tidak lama kemudian Bigfoot itu berpusing sambil menjerit menepuk dada sebelum beredar dari situ dan terus hilang. Kira-kira pukul 8 pagi keesokannya, beliau serta semua anggota platun mula menjejaki kesan Bigfoot itu dan menemui dua bekas tapak kaki kiri dengan saiz setiap satu berukuran kira-kira 0.9 meter atau 3 kaki panjang.

``Selain kesan tapak kaki, kami juga dapati banyak pokok patah dan tumbang akibat rempuhan Bigfoot ketika melarikan diri ke dalam hutan,'' katanya sambil mengakui pengalaman aneh dan menakutkan itu masih segar dalam ingatannya.

Mohd. Fakri berkata, beliau terpanggil untuk berkongsi pengalamannya melihat sendiri Bigfoot berikutan penemuan makhluk seumpama itu di hutan Johor yang sedang heboh diperkatakan sekarang.

``Mungkin bagi sesetengah orang sukar percaya adanya Bigfoot tapi pada saya, makhluk ini memang wujud di hutan negara kita. Buktinya, bukan saya seorang saja nampak Bigfoot sewaktu bertugas dekat sempadan negara tapi ramai anggota nampak dengan jelas,'' tambahnya.

Beliau berkata, pengalaman terserempak dengan Bigfoot yang saiznya hampir menyamai ketinggian bangunan empat tingkat itu turut disaksikan oleh Penjaga Komander D, ASP An

`Hantu Gigi Jarang' amat ditakuti

KOTA TINGGI 24 Dis. - `Bigfoot' yang didakwa hidup di dalam kawasan hutan Johor dikatakan ganas dan amat ditakuti oleh penduduk tempatan khususnya di kalangan Orang Asli yang seringkali memasuki kawasan hutan bagi mencari sumber rezeki.
Malah penduduk tempatan dan masyarakat Orang Asli yang menggelarnya sebagai `Hantu Gigi Jarang' akan berpatah balik sekiranya terserempak dengan makhluk itu atau kesan-kesan tapak kaki dan dahan-dahan pokok yang patah.
Seorang penduduk Perkampungan Orang Asli Selangi, Maarof Baba, 50, berkata, dia pernah terserempak dengan dua `Bigfoot' di dalam kawasan hutan berdekatan Batu 27, Jalan Mersing dekat sini kira-kira dua tahun lalu.
Ketika itu katanya, dia dan empat lagi rakannya sedang menuju ke sebuah kolam terbiar di kawasan berkenaan untuk menjaring ikan sebelum mengesan bau hapak yang begitu kuat dan pucuk-pucuk pokok yang patah.

``Semasa itu kami ternampak dua Hantu Gigi Jarang seperti sedang menangkap ikan menggunakan tangan sahaja di kolam berkenaan,'' katanya yang merupakan Orang Asli keturunan Sakai ketika ditemui di sini hari ini.

Ekoran itu katanya, dia dan rakan-rakannya segera berpatah balik kerana bimbang keselamatan mereka dan percaya makhluk tersebut akan bertindak ganas sekiranya menyedari kehadiran mereka berlima di kawasan berkenaan.

Katanya, makhluk tersebut berbulu tebal dan gelap, tinggi kira-kira tiga meter, bergigi jarang dan tajam, berkuku tajam serta mengeluarkan bunyi seakan-akan salakan anak anjing.

``Kami juga melihat makhluk itu seperti melekatkan cacing pada kuku tangannya untuk dijadikan umpan bagi menangkap ikan dan meletakkan ikan yang ditangkap di celah ketiaknya apabila memperoleh ikan,'' katanya.

Mereka juga katanya, menemui kesan tapak kaki `Bigfoot' itu yang kelihatan seperti terbalik dan hujungnya pula terdapat kesan-kesan kuku yang tajam. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan tentang keyakinan Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow bahawa `Bigfoot' yang selama ini dianggap mitos, benar-benar wujud dalam kawasan hutan di negeri ini ekoran beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.

``Ia bukanlah suatu perkara yang baru. Malah saya menganggapnya sebagai suatu perkara unik dan khazanah fauna hutan Johor. Kita perlu mengambil langkah untuk melindunginya,'' ujar Vincent.

Sementara itu, Tok Batin Perkampungan Orang Asli Selangi, Abu Talib Abdullah, 45, berkata, kehadiran `Bigfoot' itu sememangnya disedari oleh penduduk kampung berkenaan bagaimanapun ramai yang belum pernah menemuinya. Katanya, dia sendiri tidak pernah terserempak dengan makhluk itu dan hanya mendengar ceritanya daripada orang lain.

`Bigfoot' dipercayai wujud di hutan Johor

JOHOR Bahru 23 Dis. - Ia dipanggil dengan pelbagai nama, antaranya ``Bigfoot'', ``Orang Mawas'' atau ``King Kong'' dan kewujudannya sering dianggap sebagai mitos tetapi bagi mereka yang pernah terserempak dengan makhluk tersebut, ia bukan lagi suatu bahan khayalan.
Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor Vincent Chow berkata, beliau yakin dengan kewujudan ``Bigfoot'' di hutan Johor dan ia dibuktikan dengan beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.
``Ia (Bigfoot) memang wujud. Kami menerima banyak maklumat tentang insiden manusia terserempak dengan makhluk itu seperti di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi.

``Ia (insiden terserempak) bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah saya menganggapnya (Bigfoot) sebagai suatu perkara unik dan khazanah fauna hutan Johor. Kita perlu mengambil langkah untuk melindunginya,'' katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut Chow, dalam insiden terbaru bulan lepas di Kampung Mawai, Kota Tinggi, tiga orang pekerja yang sedang membina kolam ikan di kampung tersebut mendakwa terserempak dengan satu keluarga makhluk itu.

Pekerja tersebut katanya mendakwa, keluarga ``Bigfoot'' yang mereka lihat itu terdiri daripada dua dewasa dan satu anak dan membuktikan teori bahawa makhluk ini tidak mempunyai suatu komuniti tetapi bergerak di dalam satu keluarga. Selepas insiden itu, para pekerja kolam ikan tersebut kembali semula ke tempat kejadian di mana mereka telah menemui kesan tapak kaki makhluk bersaiz kecil dan besar, sepanjang 45cm, menurutnya.

``Kewujudan kesan tapak kaki pelbagai saiz itu membuktikan kemungkinan apa yang mereka (pekerja) lihat itu sememangnya satu keluarga `Bigfoot'. Dakwaan mereka tentang penemuan itu adalah berwibawa,'' kata Chow.

Beliau menganggarkan bahawa makhluk tersebut mempunyai ketinggian di antara lapan hingga 10 kaki berdasarkan kepada ketinggian bahagian ranting pokok yang patah di tempat makhluk itu ditemui dan memiliki bulu berwarna keperangan berdasarkan penemuan bulu dipercayai milik haiwan itu.

``Bulu yang ditemui itu juga memiliki bau seakan-akan bau ketiak manusia,'' katanya.
Penasihat MNS Johor itu juga berkata, beberapa insiden penemuan Orang Asli Empan a/p Melai, 5, yang hilang selama enam hari di Hutan Simpan Lenggor awal bulan ini ketika bersama-sama keluarga mencari rotan di hutan itu.

``Adik saya nampak `King Kong', tinggi dan lengannya besar, sebesar batang pokok dan berbulu hitam. Dia lari apabila nampak (King Kong) itu,'' kata abangnya Awin a/l Sentok, 25, kepada pemberita di Balai Polis Daerah Kluang selepas adik serta dua sepupunya berumur empat tahun itu ditemui oleh pasukan penyelamat.

Chow berkata, pihak MNS Johor bersedia untuk menjalankan kajian saintifik mengenai kewujudan ``Bigfoot'' di hutan negeri itu bagi memperoleh lebih banyak data terperinci tentang haiwan itu. Data yang lebih terperinci tentang makhluk itu katanya, akan membolehkan usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan ``Bigfoot'' yang turut dikenali sebagai ``Hantu Jarang Gigi'' oleh masyarakat Orang Asli di situ.

Beliau juga berharap, Jabatan Antropologi universiti-universiti tempatan dan kerajaan negeri Johor turut serta dalam kajian saintifik itu.

``Ia (Bigfoot) boleh menjadi tarikan besar pelancong ke negeri Johor,'' kata Chow sambil menambah, isu sama ada makhluk itu benar-benar wujud atau tidak merupakan ``suatu yang amat besar'' di Eropah dan Amerika Syarikat. - Bernama

Malaysia to investigate "Bigfoot"
From: Agence France-Presse

December 29, 2005

MALAYSIA'S wildlife department says it will investigate claims that man-like "Bigfoot" beasts are roaming the jungles of southern Johor state. Newspapers have this week aired stories of sightings of the legendary creatures, and photographs of a giant footprint left near a jungle swamp.

The director of the wildlife department's Biodiversity Conservation Division, Siti Hawa Yatim, said they would examine the prints, which reportedly measure up to 45 centimetres).
"We are going to check first if the case is a true one," Siti Hawa said.

She said officials would interview people living around the Kota Tinggi area, where workers last month reported seeing two huge creatures and a youngster, and may set up cameras in jungle areas to try to capture images of any beasts.

"If we can't work out from the evidence what it is and we can see the footprint is still there, and there's the possibility of something other than animals, then maybe we would put camera traps," she said.

"If there's a possibility of it really being the Bigfoot, then I think we should do it," she said, although venturing a guess the creatures were actually large sun bears.

Johor is home to large tracts of jungle, including its famed Endau-Rompin National Park, and unconfirmed sightings of large creatures surface periodically. An adviser to the Johor branch of the Malaysian Nature Society, Vincent Chow, has been lobbying the government to look into the claims and said an investigation could spur global interest.

"We are sitting on a wonderful opportunity by way of the Bigfoot research to spur ecotourism in Johor, taking the cue of Loch Ness in Scotland," Chow was quoted as saying by the New Straits Times.

Chow took the photographs of the footprint and estimated the beast was three metres tall, based on a broken tree branch found hanging over the site. Brown hair reeking of body odour has also been retrieved around the area, he said. Sightings of mythical ape-like creatures have been reported in wilderness areas all over the world. They are known as Bigfoot or Sasquatch in the United States and Canada, and yetis in Asia.

Bigfoot on the Loose in Malaysia

Reports from Bernama, the Malaysian National News Agency, of sightings of Bigfoot creatures in the forests of Malaysia. The indigenous peoples of Malaysia, the Orang Asli, call these creatures "Hantu Jarang Gigi". The name Orang Asli is a Malay term which translates as ‘original peoples’ or ‘first peoples.’
Link to a map showing the location of the latest sighting.
The advisor to the Malaysian Nature Society states that the existence of Bigfoot in the area is certain, as there have been many witnesses. He also stated that the Malaysian Nature Society was prepared to conduct a scientific study of the creatures.
"Bigfoot exists. We have received reports from many people who said they had seen the creature in the forests of Tanjung Piai, Mersing, Kahang, the Endau Rompin National Park and Kota Tinggi," he said.
"They (the sightings) are not a new phenomenon. In fact, I regard this as a unique feature of the Johor’s treasures and we must take steps to safeguard it," he told Bernama.
He said the latest sighting occurred last month in Kampung Mawai, Kota Tinggi, when three workers building a fish pond in the village claimed to have seen a Bigfoot family of two adults and a child.
The workers returned to the area and saw several footprints, some large and others small, including one 45cm long, he said.
"The footprints were proof of what the workers said they saw — a family of Bigfoot. Their claim is credible," he said.
He estimated that the creatures were between eight and 10 feet high, judging from the height of the branch of a tree that had been broken at the place. The creatures were believed to have brown-coloured fur, judging from some fur recovered there, and which had the smell of a human armpit.
An Orang Asli from the Jakun tribe from Kampung Puyut, Kahang, said his brother-in-law had seen the creatures, who were about 10 feet tall, while driving along a logging track at the Lenggor National Park last month.
An Orang Asli girl, five, who was lost for six days in the Lenggor National Park while searching for rattan with her family early this month, said she had seen a large "King Kong" with huge arms and covered with black fur.
She ran away from the creature, said her brother who narrated the story.

website:

http://www.texasbigfoot.net
http://www.bfno.net
http://www.freerepublic.com
http://www.paranormalmagazine.com
http://www.rfthomas.clara.net

Bigfoot: Fact or Fantacy?



BIGFOOT : Kaum di zaman Iskandar Dzulkarnain?


Baru-baru ini kita membaca berita tentang dakwaan penemuan makhluk baru yang lebih dikenali sebagai BIGFOOT atau pelbagai nama lagi. Berita penemuan ini turut mendapat perhatian banyak media antarabangsa dan secara tidak langsung telah mempromosikan negara kita Malaysia di kacamata dunia. Sebelum ini makhluk berbulu dan besar itu hanya dikenali di utara Amerika dan pergunungan Himalaya. Pengalaman bertemu spesies asing ini sungguh menggemparkan dan beberapa gambar yang sempat dirakamkan membuktikan 'fantacy' itu hampir menyingkap 'fakta' bahawa masih banyak hidupan pelik tapi benar di bumi Allah ini.
Bagi sesetengah pihak, berita ini dianggap hanyalah fantasi dan berita murahan untuk memperbodohkan pembaca. Malah ada mendakwa paparan kisah abnormal ini boleh melemahkan daya pembangunan minda bangsa sahaja. Apabila melayari beberapa laman web luar, kita juga mendapati keghairahan untuk mengkaji 'kisah pelik' ini turut diminati oleh individu maupun pertubuhan atau media antarabangsa.
Pagi ini saya mencari sesuatu dari intisari kisah benar yang ditulis dalam kitab-kitab agama. Antara kisah menarik ialah dari buku 'Pertentangan Iman dengan Materialisma' oleh Maulana Abul Hassan Ali An-Nadwi dari Nadwah al Ulama Lucknow India. Beliau telah menyentuh kisah-kisah yang dipaparkan dalam surah Al Kahfi terutama kisah pengembaraan Iskandar Dzulkarnain. Sebetulnya saya lebih berminat membaca tulisan-tulisan ulama haraki seperti beliau, Sheikh Syahid Qutb dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam menafsirkan sesuatu ayat al Quran. TG Haji Abdul Hadi misalnya turut menafsirkan surah alKahfi dalam bukunya bertajuk Tafsir Attibyan. Namun tiada penjelasan lanjut atau tumpuan kepada ayat ke 90 yang bermaksud:
"Sehingga apabila dia ( Dzulkarnain) sampai ( ke negeri) tempat matahari terbit, didapatinya mempunyai bangsa yang tidak Kami adakan ( pakaian) penutup badannya"
Dalam Tafsir Al Quran oleh Bapak Ahmad Sonhadji Mohamad dalam Juz 16 muka surat 34 pula, beliau telah menghuraikan bahawa Dzulkarnian telah menemui satu bangsa yang ganjil keadaannya. Mengikut tafsir al Maraghi menyebut bangsa itu terdedah tubuh badannya ( berbogel) kerana tiada berpakaian, tiada rumah dan terdedah kepada panas matahari. Mereka mendiami lubang-lubang dalam tanah. Di lubang itulah mereka berlindung pada waktu siang dan keluar pada malam hari untuk mencari makan mengikut cara mereka. Mereka tidak pula mengikut kebiasaan lain-lain bangsa.
Bigfoot?
Berdasarkan beberapa penemuan rakyat negara kita, hampir kesemuanya mendakwa terserempak dengan makhluk berbulu ini selepas lewat senja dan malam. Adakah ini manusia ganjil yang dikhabarkan oleh Allah swt dalam surah Al Kahfi ini? ada persamaan habitat hidup mereka iaitu tanpa pakaian, ganjil dan aktif di waktu malam. Saya menaruh keyakinan bahawa kaum ini adalah sebangsa dengan manusia dan bukannya saki baki monyet prasejarah yang didakwa oleh penyelidik-penyelidik luar. Mereka sudah pasti tinggal dalam gua-gua batu atau lubang-lubang tanah yang dikorek sendiri. Sifat malu dan melarikan diri apabila bertemu dengan manusia mungkin memberi makna bahawa mereka mempunyai naluri yang sama seperti manusia dan riaksi ganas bila terserempak dengan manusia adalah untuk mempertahankan diri.
Kenapa mereka semakin kerap dijumpai sekarang? adakah kekerapan berlakunya gempa bumi sekarang ini memberi kesan kepada kehidupan mereka dalam lubang-lubang bumi? mungkinkah sudah sampai ketentuan Allah bahawa mereka dan juga Ya'juj serta Ma'juj akan keluar sebagaimana ayat ke 99 surah al Kahfi:
" Dan kami ( Allah) biarkan mereka pada hari itu satu sama lain bergelora ( merempuh keluar)" Tafsir Ahmad Sonhadji.
" Dan kami biarkan mereka pada hari itu ( keluar beramai-ramai) bercampur baur antara satu dengan yang lain" Tafsir Hasan Ali Na-Nadwi.